Perkhidmatan Kami

Solusi Renovasi Mengikut Keperluan Setiap Keluarga

Extension‬‭ Backyard, Dapur & Laundry‬

Kami pakar dalam perkhidmatan sambungan ruang belakang, khususnya kawasan dapur dan‬ ‭ ruang dobi, bagi meningkatkan fungsi dan keselesaan kediaman anda. Reka bentuk‬ ‭ disesuaikan mengikut keperluan pelanggan serta struktur sedia ada. Dari tanah kosong hingga‬ ‭ siap didiami, kami uruskan segalanya dari A to Z. Termasuk submission pelan, 2D dan 3D‬ ‭ design, struktur binaan, serta kemasan dalaman & luaran.‬ ‭

Ubah Suai Rumah Secara Menyeluruh

‬ Kami menawarkan perkhidmatan ubah suai keseluruhan rumah, melibatkan kerja-kerja struktur,‬ ‭ dalaman, dan kemasan bagi memberikan nafas baharu kepada kediaman anda dengan hasil‬ ‭ yang kemas dan berkualiti tinggi. Naik taraf rumah lama pejabat atau kedai bermula RM100,000‬ ‭ kami bantu ubah jadi lebih moden & selesa, mengikut citarasa dan bajet anda.‬ ‭

Pembinaan Rumah di Atas Tanah Sendiri

Tiada salinan, tiada ulangan. Setiap rekaan adalah 100% custom dan penuh karakter. Kami‬ membina rumah atas tanah milik anda, dari proses awal hingga siap diduduki, dengan kawalan‬ kualiti yang teliti serta pematuhan kepada spesifikasi dan bajet yang dipersetujui.

Perkhidmatan Reka Bentuk 2D & 3D‬

Kami menyediakan perkhidmatan reka bentuk pelan 2D dan visual 3D bagi membantu‬ ‭ pelanggan melihat gambaran awal rumah atau ruang yang diimpikan sebelum kerja pembinaan‬ ‭ dijalankan. Lihat hasil sebelum bina. Kami sediakan pelan visual 2D dan reka bentuk 3D untuk‬ ‭ anda gambarkan ruang sebenar, lengkap dengan moodboard dan cadangan susun atur.‬ ‭
"
SUAI DESIGN STUDIO sangat bertanggungjawab dan hasil kerja mereka kemas serta‬ ‭ teratur. Saya amat berpuas hati dengan servis yang diberikan, dan tanpa ragu saya akan‬ ‭ panggil SUAI lagi untuk projek akan datang.
Puan Azilah
"
Dari awal perbincangan hingga penyerahan akhir, pasukan SUAI sangat mudah‬ ‭ dihubungi dan jelas dalam setiap langkah kerja. Rumah kami bukan sahaja siap mengikut‬ ‭ jadual, malah hasilnya lebih cantik daripada yang kami bayangkan.
Puan Weeda
"
Saya suka cara SUAI Design mendengar kehendak kami dan terjemahkannya ke dalam‬ ‭ rekaan yang praktikal tapi tetap estetik. Prosesnya lancar, komunikasi jelas, dan hasilnya‬ ‭ sangat memuaskan.
Puan Zam