Proses Kami
Renovasi Tanpa Stres, Untuk Hidup Yang Lebih Baik
Langkah 1
Lawatan Tapak/ Site Visit
Kami hadir ke tapak, mendengar dengan telinga dan hati. Setiap tapak ada nadinya,
setiap pemilik ada impiannya. Di sinilah cerita bermula.
Langkah 2
2D draft dan Quotation
Dari coretan awal hingga bayangan 3D, kami mula membentuk ruang seperti mana
anda membayangkannya dalam diam.
Langkah 3
Agreement dan Penyediaan dokumen
Mengurusakan dokumen seperti 2D & 3D, material specification sheet, Gantt Chart,
Progress Payment, Construction Drawing.
Langkah 4
Project Kick-Off
Tapak mula bernafas. Bata demi bata, ruang dibina dengan aturan.
Kami bukan sekadar membina rumah, kami menghidupkan impian.
Langkah 5
Penyerahan Projek/ Handover
Kami serahkan bukan sekadar kunci, tetapi sebuah ruang yang kini menjadi milik cerita
anda. Langkah kami berundur perlahan, memberi ruang untuk anda melangkah masuk,
dan mula hidup di dalamnya.
Langkah 6
Tempoh Tanggungan Kecacatan/ Defect Liability Period (DLP)
Selama tempoh Defect Liability, kami kekal di belakang tabir memerhati, bersedia, dan
hadir bila diperlukan.Kerana bagi kami, keindahan sebenar ruang bukan hanya saat
disiapkan, tetapi ketika ia diuji oleh masa dan kehidupan.